Monday, October 26, 2020

JOM SOLAT COY

RUKUN-RUKUN  SOLAT 


13 RUKUN SOLAT PERLU TAHU


NIAT

Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati mahu mengerjakan solat itu.

Tidak dikatakan berniat apabila hanya lidah yang melafazkan, tetapi tidak diikuti dengan mengingat di dalam hati.

 Niat solat perlu dihadirkan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram. 

Sekurang-kurangnya niat itu merangkumi tiga perkara:

  • Qasad (ﻗﺼﺪ) iaitu solat semata-mata.
  • Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) iaitu jenis fardhu
  • Ta’yin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) iaitu menentukan waktu solat yang hendak didirikan sama ada Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak. Contohnya apabila seseorang hendak mendirikan solat Zuhur, memadai dia berniat “Sahaja aku solat fardu Zuhur”

 


Berdiri Betul

Maksud berdiri dengan betul adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat


Sunat menundukkan sedikit kepala dan memandang ke tempat sujud.

Untuk yang tidak mampu berdiri dengan betul kerana cacat, bongkok atau sakit, boleh menunaikan solat mengikut cara yang termampu oleh mereka.

Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring 

— Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud




Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram adalah melafaz “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.



Lafaz ini tidak boleh ditukar dengan lafaz lain atau dilafazkan dalam bahasa lain selain bahasa arab.

Lafaz ini juga perlu dibuat dalam satu nafas sambil memasang niat.

Anak kunci solat ialah berwuduk, yang mengharamkan perlakuan yang dihalalkan sebelum solat ialah takbir dan yang menghalalkannya ialah salam.

— Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Abu Dawud


Membaca Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.



Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah).

— Riwayat Bukhari



Rukuk

Rukuk ialah membongkokkan badan dan kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung.

Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut.

Sunat berdoa atau bertasbih sewaktu rukuk.

Sekiranya tidak tahu berdoa atau bertasbih, cukup diam seketika sekadar masa membaca sekali “Subhanallah”.

Berada dalam keadaan tersebut dinamakan tamakninah.

Maksud Tamakninah

Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG.

Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula.

Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah


 

 

Iktidal

Iktidal ialah berdiri tegak selepas rukuk.

Perlu ada tamakninah dalam keadaan berdiri tegak sebelum beralih ke rukun solat seterusnya.

Kadar tamakninah sama seperti rukuk, iaitu kadar sekali nafas atau kadar menyebut “subhanallah”.

Allah tidak akan memerhatikan solat seorang hamba yang tidak menegakkan punggungnya di antara rukuk dan sujudnya

— Riwayat Ahmad



Sujud dua kali

Sujud ialah merendah dan tunduk.

Sujud yang minimum adalah meletakkan dahi yang terdedah ke tempat solat.

Tapak tangan dilekapkan rata pada tempat sujud bersetentang dengan bahu.

Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat.

Sujud yang sempurna adalah dengan meletakkan semua tujuh  anggota sujud di atas lantai.

Anggota sujud adalah:

  • Dahi
  • Kedua-dua tapak tangan
  • Kedua-dua lutut
  • Kedua-dua kaki

Sunat meletakkan hidung ketika sujud.

Sujud wajib dilakukan dengan tamakninah.




Duduk antara dua sujud





Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.

Sujud ini juga perlu dilakukan dengan tamakninah.

Duduk ini juga dilakukan secara iftirasy iaitu membaringkan tapak kaki kiri dan duduk diatasnya sementara tapak kaki kanan ditegakkan dengan anak-anak jari dihadapkan ke kiblat.

Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari berada hampir dengan pangkal lutut.


Duduk tahiyat akhir



Duduk tahiyat akhir ialah duduk ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.

Duduk ini dilakukan secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha.



Membaca tahiyat akhir

Tahiyat akhir dibaca ketika duduk tahiyat akhir.

Tahiyat atau ucapan penghormatan ini merangkumi dua sebutan iaitu:

Ungkapan memuji Allah SWT yang bermula daripada:

 





Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW

Bacaan selawat ke atas Rasulullah SAW yang menjadi rukun solat adalah semasa duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah:

Rasulullah SAW juga berselawat atas dirinya semasa Baginda mendirikan solat.



Memberi salam

Memberi salam adalah penutup solat.

Sekurang-kurangnya dengan lafaz “Assalamualaikum”





Tertib

Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.

Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti  takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.

 


Jom lihat apa yang ada dalam video ini????








Jom coba jawab quizzz sikit!!!

JOM SOLAT COY

RUKUN-RUKUN  SOLAT  13 RUKUN SOLAT PERLU TAHU NIAT Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati mahu mengerjakan solat itu. Tidak dikataka...